Ayra, seorang
gadis biasa yang suka mendefinisikan dirinya sebagai cool dan often lost in
thoughts. Atau lebih senang, orang kata suka berangan. Sejenis yang rileks,
berseni in her own way dan kadangkala
undefine.
Nurul, gadis
yang sentiasa dilabel kuat a.k.a tough
girl tetapi sebenarnya mudah menangis melihat video-video inspirasi dan
kejayaan yang sekarang berlambak di social
media. Sejenis yang suka bergurau senda dan membuat orang sekelilingnya
ketawa serta mempunyai suara yang agak tinggi bila excited.
Mereka berdua
telah bertemu ketika program persediaan untuk belajar di Jerman. Menjadi classmates, mereka sudah masak dengan
perangai masing-masing. Ketawa bersama, menangis bersama, gaduh berdua, mati...
biarlah berasingan.
Nurul bakal
tinggal di Kempten bersama Ayra selama 5 bulan sementara dia menjalani latihan
praktikalnya di sebuah syarikat di sekitar Kempten. Mampukah Ayra membiasakan
diri tinggal bersama orang lain setelah bertahun tinggal berseorangan? Bolehkah
Nurul membiasakan diri dengan tempat baru?
Usia
persahabatan selama 6 tahun bakal being
updated.
Nantikan!!!
P/s: Macam Komik ini berpaksikan dua
watak dalam dunia nyata yang digaul bersama 11 jenis herba dan rempah ratus...
Dalam erti kata lain, 87.3% dalam
Macam Komik ini adalah dongeng semata-mata.
No comments:
Post a Comment