Sunday, August 27, 2017

PERANGAI 1 : TERLEBIH LAUK, TERLEBIH NASI



Malam itu Ayra masak nasi lemak. Nasi satu periuk, sambal sekuali, ayam tiga ketul, telur goreng tiga ketul dan timun dua batang dihiris nipis.

Nurul : Kau masak banyak ni nak bagi siapa makan? Nak ajak semua jiran yang ada? Ayam tiga, telur goreng tiga. Kita dua orang je. Kau memang suka nombor tiga eh.

Ayra : Entahlah. Aku rasa macam kena goreng semua tiga. Baru ada lebih.

Sememangnya satu perangai pelik Ayra ialah dia tak reti masak sikit. Tiap kali masak memang macam nak buat kenduri. Walaupun sudah bertahun tinggal seorang.

Nurul : Tak pelah kalau macam tu. Nanti aku bawa bekal pergi kerja. Daripada makan makanan kat kantin yang tak berapa nak sedap tu.

Pukul 5:30 pagi

Ayra : Nurul, kau nak bawa bekal kan pergi kerja? Telur goreng ni kau nak satu ke dua?

Ye, telur goreng lebihan semalam. Goreng tiga dan lebihannya masih tiga. Pelikkan?

Ayra : Weh satu dah la. Banyak-banyak sakit perut aku kang. Kentut busuk nanti.

Sejak Nurul tinggal di Kempten, Ayra yang selalu bungkuskan bekal untuk dia bawa pergi kerja. Bukan sebab dia rajin. Tapi sebab dia memang mati kutu duduk dekat rumah sepanjang cuti summer ni. Cuti pun masih berbaki sebulan setengah. Baju pun dia yang cuci dan jemur. Tapi katanya semua ini hanya ketika cuti. Dah start  Sem nanti, Nurul kena buat semua sendiri.

Selain dari kerja-kerja amal untuk Nurul, aktiviti wajib Ayra ketika cuti ini juga ialah menonton Naruto dan membaca komik Detektif Conan selain mencari idea-idea baru untuk menghasilkan karya-karya yang berkualiti. Ayra ni memang berangan nak jadi penulis. Biarlah dia...

Nurul pula walaupun dah mula latihan praktikal tapi dia masih dalam mood cuti. Jadi bila balik kerja, dia terus berbaring atas tempat tidur dan menonton Game of Thrones dan nangis sorang-sorang bila watak favourite dia mati. Bukan hanya GoT yang mampu membuat Nurul menangis. Hampir semua movie yang mengandungi scene sedih atau separa sedih mampu membuat mata dia bergenang.

Satu fakta tentang Nurul yang sememangnya semua orang (yang rapat dengannya) tahu ialah tabiatnya yang suka tidur lewat dan sangat susah untuk bangun awal a.k.a burung hantu. Hal ini membuatkan Nurul bimbang sama ada dia mampu untuk meninggalkan tabiat dia seusai bermulanya kehidupan dia sebagai intern. 

No comments:

Post a Comment