Ayra sentiasa mencari idea yang menarik
dalam menentukan aktiviti hariannya supaya dia tidak kebosanan. Tetapi ideanya
kadang-kadang sangat kreatif sehingga sukar untuk Nurul terima. Antaranya
seperti :
- Photoshoot di bawah terik matahari di kawasan
universitinya which is Nurul
bertindak sebagai photographer. Sunburn dia sebab photoshoot tu. On the bright side, Ayra belanja
Nurul aiskrim sebagai upah
- Jalan tepi jalan dan lambai pada semua kereta
yang lalu. (And we did it!) Satu
kereta lambai balik, satu kereta tak perasan, satu kereta tunjuk muka
garang.. Yang garang tu, makcik. Yang lain semua pakcik yang drive. Actually Ayra pernah buat
benda yang sama masa dekat Malaysia dulu. Main lambai-lambai orang random ni.. Yang dia ingat, dia pergi
isi minyak kereta, then dia drive extra ke arah brother station minyak ni. Happy brother tu.. Maybe stress dah seharian bekerja kan. Dapat pulak budak ting tong
do babai babai dia…
- Main layang-layang atas bukit yang Nurul rasa
kalau lari lebih 50 meter.. Confirm
masuk gaung..
Pada malam yang tenang..
Ayra :
Nurul, aku ada satu idea!
Nurul
: Hmmmm. Aku nak dengar ke tak idea
kau ni. Macam kurang bersedia pulak.
Ayra : Alaaaa dengarlah dulu. Menarik idea aku
ni. Kau mesti setuju.
Nurul :
Okay aku bagi kau peluang. Apa dia?
Ayra : Apa kata kita pergi Disneyland Paris
cuti hujung tahun nanti. Nak tak?
Nurul : … setakat aku tinggal dengan kau, ini
lah idea kau yang paling menarik aku pernah dengar. Aku setuju. On!
Ayra : Haaaaa kan dah cakap. Idea aku ni
memang menarik. Kau kena yakin and percaya kat aku.
Nurul : Ye lah. Tapi kena tunggu gaji aku masuk
dulu lah baru boleh beli tiket. Aku tengah pokai sekarang ni. Masuk je gaji,
kita beli terus tiket sebelum aku tiba-tiba ubah fikiran.
Ayra : Okay takde masalah. Cuti pun lambat
lagi. Kita ada banyak masa.
Pada hujung bulan, gaji Nurul masuk,
mereka terus beli tiket seperti yang dirancang menggunakan kad kredit orang
lain. Mereka berdua ni takde kad kredit, terpaksalah buat muka tak malu pinjam
kad kredit orang lain.
Ayra :
Weh Nurul, aku rasakan.. nanti aku nangis la dalam Disneyland tu.
Nurul :
Jangan lupa ajak aku nangis sekali tau. Childhood dream tu. Ni pun aku dah
macam separa sebak.
Dengan terbelinya tiket, maka jadilah
plan mereka untuk ke Disneyland. Land of Magic…
