Friday, March 9, 2018

Apa Khabar Negaraku

Apa khabar negaraku

Lama sudah kita tak bertemu

Bermacam khabar kudengar tentangmu,


Negaraku,

Sudah lupakah kau padaku?

Negaraku

Kau sudah merdeka

Tapi mengapa

Hatiku rasa tak tenang

Mungkinkah kerana

Mereka cuba merebutmu?

Mereka ingin memonopolimu?

Siapakah pemilik tanah ini?

Apakah kau perlukan bantuanku?

Atau

Aku sahaja yang risau tidak menentu?

Berita kudengar,

Negaraku sudah aman

Akan kekalkah selamanya?


Jati diri, budaya dan bahasaku

Akan kupertahankan

Sehingga tiba ajalku.

Tapi,Cukupkah dengan itu?

No comments:

Post a Comment