Ahad lepas aku menerima khabar duka dari Malaysia. Seorang sahabat karib dari zaman sekolah rendah telah kembali ke rahmatullah. Pada usia sebegini muda sudah dijemput Illahi. Baru aku tahu dia selama ini menghidap penyakit paru-paru.
Teringat dulu, dalam banyak benda yang kami buat bersama, ada satu masa dia berkata :
'Aku nak jadi fashion designer lah. Kau boleh tolong aku? Lukis dress? Kau suka kan? Nanti bila aku dah jadi fashion designer, aku buatlah baju yang kau reka.'
'Boleh. Nanti aku dah lukis aku bagi kau.'
Jadinya sejak hari itu, aku pun lukis lah baju-baju yang berbagai jenis gaya dan warnakan ikut citarasa aku. Adalah dalam sebulan kami bersemangat lukis gambar baju yang kononnya akan direalisasikan suatu hari nanti. Lepas itu, tukar pula cita-cita lain. Kanak-kanak... Biasalah.
Tahun sebelum aku melanjutkan pelajaran ke sini, ada juga sahabat yang dari sekolah rendah yang sama dan juga sekelas meninggal sebab kemalangan.
Aku percaya antara yang baca entri ini, bukan aku seorang sahaja yang masa kecil atau sekarang pun, sentiasa ada idea yang ; orang akan meninggal bila dah tua. Kadang-kadang kita sedar yang ajal tu boleh datang bila-bila sahaja. Cuma manusia, kita selalu terlupa.
Dua tiga hari ini bila aku hendak pejamkan mata, aku terfikir akan adakah hari esok untuk aku? Terfikir macam itu, aku jadi takut. Banyak benda yang aku belum buat lagi dan yang paling penting bersediakah aku untuk berjumpa dengan Sang Pencipta diri ini?
Dah selesai ke tugas aku?
Dah terlangsai ke hutang aku?
Dah tertunai ke Syahadah aku?
'Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.'
Mati itu pasti.
'Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.'
Mati itu pasti.